Friday 16 December 2022

Kehidupan

Tiap insan di dunia ini mencari makna sebenar kehidupan,

Ada yang terbuai dengan material, ada yang terbuai dengan kekayaan dunia,

Ada yang masih tercari-cari erti kehidupan,

Pelbagai rencam, pelbagai ragam itulah manusia.

Kebanyakannya malah alpa dengan tujuan sebenar hidup di alam fana ini,


Aku? 

Aku jua hanyut dengan godaan dunia,

Namun hari demi hari aku merasa lelah dengan dugaan dunia,

Walau bercanda ketawa bersama teman setia,

Jauh di dasar hati ia tidak cukup menggembirakan hati nan lara,

Mata yang penat melihat dunia,

Hati yang sakit melawan pancaroba dunia,

Suara yang meronta minta dibawa olehNya,

Suatu hari kita semua pasti pergi meninggalkan pentas dunia,

Membawa seribu satu kebaikan pada umat manusia

atau kemusnahan maha besar pada generasi seterusnya?


Hari ini aku sendiri menemani jiwa yang gundah-gulana,

Kata hatiku cuma satu sahaja,

Biar aku pergi dengan meninggalkan seribu satu kebaikan pada semua,

Biar pergi dijemput malaikat syurga,

Semoga rasa hilang nikmat dunia, 

Diganti dengan yang terbaik di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Sila tinggalkan komen anda
Satu pun jadilah! xoxo