Friday 27 January 2023

Kita Sama


Sering saja kita impi hidup bak seorang Raja,
Sedang hakikat nyata ia tidak seindah ilusi,
Sedar atau tidak kita alpa mengejar cinta manusia,
Sedang kita punya Yang Maha Kuasa dan hakiki,
Sering kita dibuai memori lama,
Sedang kita punya peluang mencipta bahagia hari ini,
Sering kita menuding jari mencari salah siapa,
Sedang semuanya berpunca dari diri,
Sering kita bertanya apa kurangnya kita,
Sedang kelebihan juga sudah diberi,
Sering kita mencari perbezaan antara kita,
Sedang kita punya persamaan diri.
Kita hidup dan menghirup udara sama,
Kita punya rasa kecewa yang sama,
Kita punya tujuan yang sama,
Kerana kita semua sama di mata Sang Pencipta.
Yang memecahkan kita cuma tembok keangkuhan durjana,
Yang membinasakan cuma kata-kata nista,
Yang menghancurkan harapan cuma manusia yang penuh putus asa,
Yang membuatkan kita lemah kerana pengharapan tanpa usaha.


Ditulis pada 15 Ogos 2022, 2.30am

Sunday 22 January 2023

An Open Letter to Myself

I know things have been tough for you and you have shattered into pieces many times. 

I know there are things that bother you and people around you don't care,

I know you are filled with loving memories of people who were close to you,

I know destiny have not favored you many times,

I know there have been breakups that have shaken your faith in love.


Just so you know that IT IS OKAY!

Things happen, dream break, expectations are no met and life tricks us.

I am really PROUD of you.

I am proud of you that you gathered all the broken pieces of you and made yourself up,

I am proud of you that every morning you get up with a faith that everything will be fine.

I am proud of you that you still have not give up.

Saturday 7 January 2023

Dunia

Dunia,

Penuh helah dan tipu daya,

Penuh warna suka dan duka,

Pelbagai watak penuh drama,

Pelbagai kerenah variasi cerita.


Dunia,

Pentas lakonan sang asli dan sang hipokrasi,

Pentas ujian buat khalifah di muka Bumi ini,

Pentas manusia beradu siapa berkuasa di dunia ini,

Pentas insan yang berlumba mencari cinta abadi.


Dunia,

Penatnya di rasa menusuk ke hati,

Penatnya membawa resah sendiri,

Perasaan terkhilaf sengsara sendiri,

Perasaan terhukum oleh manusia yang menghakimi.

Wednesday 4 January 2023

Sakit Dunia

Pernahkah anda merasa lelah menghadap dunia? 
Pernahkah anda berputus-harap pada segala perkara? 
Pernahkah anda merasa sendiri tanpa sesiapa di sisi? 
Pernahkan anda bawa diri meratapi nasib diri? 

Pastinya semua manusia di atas muka Bumi ini begitu. Setiap orang punya jalan cerita tersendiri. Setiap orang punya cabaran yang berbeza,namun itulah rencah kehidupan setiap personaliti yang kita ketemu berbeza malah jangan dilupa setiap detik kita menghirup udara di dunia ini yang pasti pada akhirnya kita akan pergi juga suatu masa nanti. Pernah aku terfikir mengapa diberi nyawa menjadi khalifah di muka Bumi ini jika nyawa diambil satu masa nanti? Setiap manusia juga percaya walau perbezaan agama sekalipun, sesiapa yang meninggalkan dunia ini mereka akan bangkit juga di dunia berbeza. Tafsirannya mungkin berbeza tetapi maksudnya sama, kita masih diberi peluang untuk dibangkitkan lagi setelah mati meninggalkan dunia ini. Jadi apa gunanya ditiupkan roh dalam jasad kita semata-mata untuk menghadap perpisahan di dunia sementara ini? Persoalan ini seringkali bermain di fikiranku.

Untuk aku, dunia ini gelap, penuh ketidakpastian, penuh kesuraman, penuh jiwa-jiwa kesedihan dan terluka. Yang dilihat terpaling gembira juga pada akhirnya yang paling menyedihkan. Manusia yang punya emosi pelbagai rencam, manusia yang perlu memahami manusia lain untuk meneruskan kehidupan pada akhirnya mereka gagal memahami diri sendiri dan hilang dalam kesesakan dunia hanya kerana ingin mengikut norma masyarakat dunia. Segala-galanya berputar pada paksi yang sama, kita perlu mengikut peredaran zaman hari ini untuk kekal relevan dan berkuasa. Ini terpakai untuk sang penguasa yang menentukan pemerintahan negara dan sang Raja yang berada di atas takhta. Bagi rakyat terbawah pula, anda hanya perlu mengikut sahaja sistem yang ada demi sesuap nasi, demi meneruskan kehidupan dan demi melangsaikan hutang-hutang yang dicipta sang penguasa di atas sana. 

Buat insan yang sedar betapa bangsatnya sistem dunia, mereka akan merasa lelah menghadap dunia seperti aku. Bernafas sahaja merasa perih apa lagi untuk meneruskan kehidupan. Mungkin pada ketika aku menulis blog ini, hati aku merasa sayu dan sedang berputus-asa, tetapi nyawa yang dipinjamkan ini tetap juga aku hargai, jadi aku mahu terus hidup dengan memberi cinta dan menyayangi semua orang di sekeliling aku supaya mereka tidak merasa kesepian seperti aku. Untuk setiap masa yang berlalu kerana gagal menyelamatkan jiwa yang lara maafkan aku, hari ini di awal Tahun Baru aku nekad menikmati hidup tanpa sesal. Terus melangkah demi melengkapkan putaran nyawa yang diberi, semoga satu masa nanti ketika aku dibangkitkan semula Yang Maha Kuasa memberi segala kebahagiaan yang aku cari.